1

USD 5

SUSU KAMBING TERBAIK HI-GOAT

DESCRIPTION

SUSU kambing merupakan salah satu jenis susu yang semakin popular dan menjadi pilihan. Faktanya, 65 peratus daripada produksi susu di peringkat global adalah susu kambing! Berbanding dengan susu lembu, susu kambing lebih kental dan lembut selain memiliki pelbagai nutrisi yang bermanfaat bagi manusia.

Dalam secawan susu kambing, terdapat 168 kalori, sembilan gram protein, 10 gram lemak, 11 gram karbohidrat dan 11 gram gula selain kaya dengan k alsium, kalium, fostor dan magnesium. Selain itu, susu kambing juga mengandungi banyak vitamin A malah kajian menunjukkan pengambilan vitamin A dapat membantu mengurangkan risiko katarak, kanser dan mencegah demam campak pada kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa kebaikan pengambilan susu kambing untuk kesihatan.

1. Kesihatan jantung
Susu kambing adalah sumber magnesium yang cukup baik untuk kesihatan jantung yang membantu mengekalkan denyutan jantung normal dan menghalang pembentukan darah beku. Ia juga dapat meningkatkan penghasilan kolesterol baik dalam tubuh sekaligus menjaga kesihatan jantung manusia.

2. Menguatkan tulang
Satu cawan susu kambing boleh membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium dan ia lebih tinggi berbanding secawan susu lembu.
Tidak hanya itu, ia kaya dengan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dan membantu menguatkan tulang. Selain itu, susu kambing juga mempunyai protein CSN1S2 yang berfungsi sebagai agen anti-osteoporosis.

3. Kesihatan kulit dan rambut
Susu kambing kaya dengan 'fatty acids' dan 'triglycerides', dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, nutrien yang penting untuk kulit. Kandungan laktid asid dalam susu kambing juga melembabkan dan mencerahkan kulit. Jangan tidak tahu, anda juga boleh menggunakan susu kambing untuk mencuci wajah setiap pagi!

Penggunaan syampu susu kambing dapat meningkatkan kesihatan rambut. Ini kerana rambut memerlukan nilai pH seimbang seperti tubuh manusia. Sifat susu kambing yang alkali dapat membantu rambut mendapatkan pH seimbang dan menyihatkan rambut.

4. Lebih mudah dihadam
Kandungan fat globules dalam susu kambing membolehkan ia lebih mudah dihadam. Ini kerana apabila susu itu masuk ke dalam perut, protein di dalamnya akan membentuk 'curd' yang lebih lembut berbanding susu lembu dan ini mengurangkan iritasi.

5. Masalah lactose intolerants
Susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang rendah. Ia merupakan pilihan yang baik oleh mereka yang menghidapi masalah 'lactose intolerant'. Susu kambing juga mudah dihadam oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

UNTUK BELIAN @ PESANAN SILA WASAP ATAU HUBUNGI EN. AHMAD DI TALIAN BERIKUT > 010-5115185 ATAU 011-71152455

WEBSITE

N/A

CONTACT SELLER

LOCATION

N/A

SHARE QR CODE