RM2000 / MCP 1000 / USD 500
DINAR EMAS 4.25gm
DESCRIPTION
Antara kelebihan simpan emas ialah:
1. Kalis Inflasi
Kuasa membeli emas terbukti bertahan berabad-abad lamanya. 1 Dinar (4.25gram emas) 1500tahun dahulu boleh beli seekor kambing. Begitu juga hari ini, 1 dinar (bernilai ~RM900) masih boleh beli seekor kambing. Bandingkan dengan kuasa membeli wang ringgit yang makin susut setiap tahun. Zaman ibu bapa kita kecik dulu bawa 10sen je pegi sekolah. Masa tu dengan 10sen dah cukup untuk beli sepinggan nasi. Harini 10sen nak beli biskut pon tak lepas.. Huhu..
2. Kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang
Walaupun simpan emas takde dividend, tapi NILAInya sentiasa naik dalam jangka masa panjang ? Bila kita tengok sejarah harga emas pada tahun-tahun sebelum ini, harga emas sentiasa berubah atau volatile dalam jangka masa pendek, tapi long-term harganya memang terbukti sentiasa NAIK ke atas
Tahun 2003: 1 gram emas = RM30
Tahun 2008: 1gram emas = RM80
Tahun 2015: 1gram emas = RM150
Tahun 2018: 1gram emas = RM180
Tahun 2020: 1gram emas = RM220
Tahun 2025 1gram emas = RM480
3. Emas ialah DUIT SEBENAR
Duit hadir dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit ialah duit kertas (fiat money). Manakala emas ialah duit dalam bentuk logam berharga (precious metal). Bila kita beli emas, sebenarnya kita hanya mengalihkan sebahagian duit kertas kita kepada duit EMAS. Duit itu tetap ada, cuma dalam bentuk yang lebih berharga iaitu emas. Emas digunakan sebagai matawang oleh tamadun manusia purba seperti Empayar Rome, Byzantine dan tamadun Islam. Hari ini, emas masih digunakan sebagai matawang. Nak guna terus untuk transaksi jual beli pon boleh (sesetengah tempat terima bayaran dalam emas), ATAU nak tukar dulu kepada duit ringgit sebelum guna pon boleh
4. ASET Mampu milik
Ketika ramai orang mengeluh tak mampu nak beli aset hartanah yang makin lama makin mahal, ada orang yang cari alternatif beli ASET MAMPU MILIK iaitu emas. Emas ialah aset kerana nilainya yang semakin naik setiap tahun seperti hartanah. Kini kita boleh simpan aset dengan modal serendah RM100 setiap bulan bersamaan 0.4gram emas. Boleh kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi sebukit emas. Nanti bila jumlah gram emas dah banyak, boleh je nak jual balik emas tu dan tukar kepada aset hartanah pula.
5. Benteng Kewangan
Bila cakap bab kewangan, semua orang mesti pernah dengar istilah ‘dana kecemasan’. Dana kecemasan ni fungsinya sebagai back-up. Masa senang tak nampak gunanya, kita hanya akan menghargai dana kecemasan ni jika tiba-tiba perlukan duit yang banyak. Contoh: bila berlaku musibah kewangan seperti kereta rosak, dibuang kerja, ahli keluarga sakit, bisnes lingkup, dan lain-lain. Selain wang tunai, kita boleh simpan emas sebagai BENTENG kewangan kita yang terakhir. Jika perlu, kita boleh tunaikan ‘benteng emas’ kita ni dengan menjual atau pajak emas tu di ArRahnu untuk dapatkan instant cash. Sebenarnya, ini banyak dilakukan oleh kuasa besar ekonomi dunia seperti negara China dan Russia yang sentiasa menambah gold reserve mereka. Emas ni akan jadi penyelamat negara jika berlaku kegawatan ekonomi atau peperangan.
6. Instrumen Pelaburan
Emas juga boleh dijadikan instrumen pelaburan kerana harganya bergerak naik dan turun setiap masa. Dengan membeli emas pada harga rendah dan jual ketika harga emas naik, kita boleh jana pendapatan yang lumayan. Malah emas juga dikenali oleh pelabur sebagai ‘safe heaven’ bermaksud emas ialah pelaburan yang paling selamat jika keadaan ekonomi dan politik semasa tak stabil. Jika anda aktif melabur dalam pasaran saham, hartanah atau pelaburan lain yang tinggi risikonya, elok jika anda alihkan sebahagian pelaburan anda kepada emas supaya portfolio pelaburan anda lebih stabil dan risiko lebih rendah dan terkawal.
BERMINAT UNTUK MEMBELI, MENYIMPAN ATAU MENJUAL DINAR EMAS BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN BERIKUT 60105115185 ATAU 601171152455 ATAU WASAP SAYA DENGAN MENEKAN BUTANG WASAP DIBAWAH
WEBSITE
N/A