USD 30 / RM 120 | MCP 60
MADU TUALANG ASLI
DESCRIPTION
MARI MENGENALI MADU TUALANG
Madu tualang gred A1 untuk kesihatan dan mengubati sakit
Pepatah Melayu ada menyebut, 'Tak kenal maka tak cinta'. Ya, begitulah juga dengan Madu Tualang yang merupakan madu terbaik di dunia ini. Kalau kita tak mengenali Madu Tualang ini dengan lebih rapat, maka tiadalah perasaan kita pada dia. Malah mungkin ada juga yang membuat berbagai telahan terhadap madu ini dengan membandingkan ia bersama madu-madu yang lain. Jadi, hari ni admin nak buat satu entry yang akan menceritakan serba sedikit pengenalan tentang Madu Tualang ini. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya..
Sejak turun temurun lagi, kita tahu bahawa madu merupakan antara penawar terbaik bagi berbagai jenis penyakit, malah kehebatan madu turut dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran dan melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.
Di Malaysia terdapat bermacam jenis madu bergantung kepada jenis lebah dan tempat ia membiak sama ada bersarang atau dipelihara. Antara madu lebah yang begitu terkenal di negara ini adalah Madu Tualang. Namun, jangan mudah tertipu kerana sekarang ni ramai orang suka mengambil kesempatan, yang mana mereka menjual madu lebah yang dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Mungkin ramai yang keliru dengan makna perkataan TUALANG ini. Sebenarnya ianya adalah sejenis spesis pokok di dalam hutan nusantara. Oleh kerana lebah jenis Apis Dorsata suka ber'koloni' di dahan pokok yang sangat tinggi dengan ciri dahan pokok yang licin (tidak mengelupas), tinggi, kuat dan besar jadi umumnya bagi pokok tersebut disebut dengan pokok tualang (walaupun nama sebenar pokok tersebut adalah pokok pulai, cempedak hutan, kedondong hutan, kapuk dan sebagainya yang mempunyai ciri yang sama dengan pokok tualang asli).
Hasilnya tentu sekali sama iaitu MADU TUALANG kerana spesis lebah tersebut adalah sama iaitu APIS DORSATA yang tentunya nektar yang diambil adalah bunga-bunga hutan yang misteri dan berkhasiat. Keistimewaan dan khasiat Madu Tualang ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri daripada berbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).
LEBAH TUALANG (Apis dorsata) merupakan sejenis lebah madu bersaiz paling besar yang gemar membuat sarang di pokok tualang. Lebah tualang boleh terbang mendapatkan nektar dalam anggaran 5000 bunga-bungaan setiap hari. Setiap ekor akan mengumpul dalam anggaran 20 gram nektar untuk dibawa ke sarang.
POKOK TUALANG (Koompassia excelsa) pula merupakan sejenis pokok saka tumbuh di hutan Malaysia/Indonesia di mana pokok ini tinggi dan di dalam hutan serta mempunyai banyak dahan. Di Semenanjung Malaysia pokok tualang banyak terdapat di utara Semenanjung seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu sahaja.
Lebah Tualang dipanggil sebagai 'Giant Honey Bee' terdapat di kawasan Asia Tenggara sehingga ke kawasan India Selatan yang mempunyai iklim tropika. Lebah ini yang mempunyai saiz badan besar mampu terbang jauh untuk mencari makanan dan bersarang di tempat yang tinggi pada pokok tualang di hutan. Pada kebiasaannya satu pokok boleh menempatkan di antara 50 hingga 60 sarang. Ada juga pokok yang memiliki lebih 100 sarang. Ia bergantung pada musim. Bila musim lawas, biasanya jumlah sarang tidak banyak. Tapi apabila musim lebat, memang tidak menang tangan dibuatnya.
Saiz sarang juga berbeza-beza. Biasanya panjangnya mencecah 1.2 meter (m) dan ada juga yang boleh memanjang sampai 1.8 m. Dianggarkan satu sarang yang bersaiz 0.9 m boleh menempatkan 50,000 hingga 70,000 ekor lebah yang terdiri daripada lebah ratu, lebah jantan dan lebah betina.
Dalam kasta keluarga serangga himenoptera ini, lebah betina merupakan lebah pekerja yang keluar menghisap nektar daripada lebih 100 jenis debunga di sekitar hutan dan menyimpannya di pundi manisan. Ia kemudian dipindahkan ke sarang lebah, lebih tepatnya, dibawa ke indung madu. Lebah betina bertindak sebagai lebah pekerja manakala lebah jantan akan duduk di sarang untuk memastikan ratu lebah dapat bertelur.
Madu Tualang menawarkan 2 jenis madu lebah asli hutan yang sangat berkualiti untuk keperluan penyembuhan dan pengubatan atau sebagai minuman multi-vitamin harian yang sangat berkhasiat iaitu :
Madu Lebah Asli Hutan Segar, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan dikemaskan dengan botol (mengandungi kadar peratus air 18%-22%).
Madu Lebah Asli Hutan Sejat, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan ditingkatkan kualitinya dengan mengurangi kadar air madu lebah sehingga sampai ke peringkat bebas peragian (yeast fermentation) iaitu 15%-17%.
UNTUK PESANAN @ BELIAN SILA WASAP ATAU HUBUNGI EN. AHMAD DI TALIAN BERIKUT 010-5115185 ATAU 011-71152455
WEBSITE
N/A